CRM Mudah Alih · Versi Terbaru

Urus Pelanggan &
Komisen Anda Dengan Mudah

AgentMate ialah aplikasi Android (APK) yang direka khas untuk ejen insurans. Jejaki pelanggan, pantau pembayaran, terima peringatan automatik — semua dalam satu app mudah alih.

Lihat Pelan Harga Tonton Demo
4.7★Penilaian Awal
AndroidAPK Mudah Alih
EN / BMDwibahasa
100%Data Peribadi
AgentMate Dashboard
AgentMate Clients
AgentMate My Business
Dashboard
Senarai Klien
My Business
Pembayaran via FPX & DuitNow · Data 100% dalam peranti anda · Dihost di GitHub
Gambaran Keseluruhan

Semua Dalam Satu Skrin

Dari dashboard ringkas hingga rekod pelanggan — AgentMate direka untuk kelajuan dan kejelasan.

Dashboard Lengkap

Jumlah pelanggan, aktif, tamat & overdue dalam satu pandangan

Komisen Terkumpul

Lihat jumlah komisen dari semua polisi yang ditutup

Notifikasi Automatik

Follow-up overdue & polisi hampir tamat dipapar segera

WhatsApp Pantas

Template siap guna untuk follow-up, birthday & renewal

PIN App Lock

Lindungi data pelanggan dengan PIN 4 digit

Export PDF

Eksport senarai pelanggan dalam format PDF

✦ Ciri-ciri Baru Ditambah — Tanpa Kos Tambahan
WhatsApp Templates Export PDF PIN App Lock Backup & Restore EN / BM My Biz Tab Lead Capture System
Lead Capture System

Tangkap Prospek Baru
Dalam 3 Langkah

Borang konsultasi percuma yang mengumpul maklumat lead secara automatik terus ke AgentMate anda.

1

Maklumat Diri

Prospek isi nama, nombor telefon dan emel — terus masuk ke sistem anda.

Step 1 - About You
2

Jenis Perlindungan

Prospek pilih jenis insurans — Life, Medical, Critical Illness, Takaful & lain-lain.

Step 2 - Coverage
3

Pilih Tarikh & Masa

Prospek pilih slot temujanji — atau skip untuk anda hubungi sendiri.

Step 3 - Pick a Slot
✦ Lead Masuk Automatik ke Telegram Anda

Setiap kali prospek hantar borang, notifikasi terus masuk ke Telegram anda — nama, telefon, emel, jenis perlindungan & masa submit. Tiada lead yang tertinggal.

Telegram new lead notification

Contoh notifikasi Telegram — lead masuk masa nyata 🔔

Ciri-ciri Utama

Semua Yang Anda Perlukan
Sebagai Ejen Profesional

AgentMate menggabungkan semua alat yang diperlukan ejen insurans berjaya dalam satu platform yang mudah digunakan.

Pengurusan Pelanggan (CRM)

Simpan maklumat pelanggan, status polisi, tarikh renewal, IC, birthday, dan sejarah komunikasi — semuanya tersusun kemas.

Penjejak Komisen

Kira komisen secara automatik dengan input peratusan. Lihat breakdown terperinci setiap pelanggan dan jumlah keseluruhan.

Peringatan & Notifikasi

Amaran automatik setiap jam untuk pembayaran tertunggak, polisi hampir tamat, follow-up hari ini, dan birthday pelanggan.

Dashboard Ringkas

Pantau prestasi perniagaan anda — jumlah pelanggan, follow-up, polisi aktif, expired, overdue, dan komisen dalam satu skrin.

Mod Gelap & Cerah

Tukar antara dark mode dan light mode mengikut citarasa anda. Sesuai digunakan siang dan malam hari.

Mesej WhatsApp Pantas Baru

Hantar mesej follow-up, ucapan birthday, dan peringatan renewal terus ke WhatsApp pelanggan dengan satu ketukan — template siap guna.

Export PDF Baru

Eksport senarai pelanggan dalam format PDF dengan satu ketukan — mudah disimpan dan dikongsi.

Backup & Restore Data Baru

Sandarkan semua data pelanggan ke fail JSON dan pulihkan dengan satu klik. Amaran automatik jika backup lebih 14 hari.

PIN App Lock Baru

Lindungi data pelanggan sensitif dengan PIN 4 digit. Soalan keselamatan untuk pemulihan akaun jika terlupa PIN.

Dwibahasa EN / BM Baru

Tukar antara Bahasa Melayu dan English dengan satu ketukan. Semua label, mesej, dan notifikasi bertukar serta-merta.

Tab My Biz Baru

Dashboard perniagaan peribadi — carta jualan 6 bulan, kadar closing, target bulanan, funnel peringkat jualan, radar renewal, dan breakdown jenis polisi.

Daily Briefing via Telegram Baru

Terima ringkasan harian setiap pagi jam 8AM terus ke Telegram anda — siapa perlu difollow up, pelanggan overdue, dan polisi hampir tamat.

Sistem Tangkapan Lead Baru

Tangkap dan urus prospek baru secara automatik. Rekod maklumat lead dari pelbagai sumber, jejak status follow-up, dan tukar lead kepada pelanggan aktif dengan mudah — tiada prospek yang tertinggal.

Pengurusan Polisi

Lampirkan pelbagai polisi bagi setiap pelanggan. Jejak jenis polisi, premium, komisen %, tarikh mula dan tamat. Amaran renewal automatik apabila hampir luput.

Panduan Penggunaan

Cara Guna AgentMate

Mulakan dalam masa 5 minit. Tiada latihan khas diperlukan — antara muka yang intuitif untuk semua ejen.

01

Tambah Pelanggan Anda

Mula dengan mendaftarkan maklumat pelanggan anda. Masukkan nama, nombor telefon, jenis polisi, dan tarikh renewal.

  • Tekan butang + di skrin Pelanggan
  • Isi borang: nama, telefon, IC, tarikh lahir
  • Pilih status: Lead / Dihubungi / Quoted / Aktif
  • Simpan — data tersimpan terus dalam peranti anda
Nama PenuhAhmad Faizal
No. Telefon011-2345678
Jenis PolisiHayat Berjangka
Premium / BulanRM 180
02

Pantau Status & Pembayaran

Semak status pembayaran setiap pelanggan. AgentMate akan memaparkan siapa yang perlu diberi perhatian segera.

  • Paparan merah — pembayaran tertunggak
  • Paparan kuning — polisi hampir tamat (30 hari)
  • Paparan hijau — follow-up hari ini
  • Gunakan tab Amaran untuk lihat senarai kritikal
03

Jejaki Komisen Anda

Lihat berapa komisen yang anda perolehi, daripada pelanggan yang mana, dan jumlah keseluruhan yang terkumpul.

  • Buka app dan pergi ke Dashboard
  • Tekan kad Komisen untuk lihat breakdown
  • Semak komisen mengikut produk / pelanggan
  • Lihat jumlah komisen keseluruhan dari semua pelanggan
04

Aktifkan Peringatan Automatik

Hidupkan sistem notifikasi untuk memastikan anda tidak pernah terlepas sebarang peluang atau tugasan penting.

  • Pergi ke Tetapan → Amaran Peringatan
  • Toggle ON untuk aktifkan semua notifikasi
  • Hidupkan bunyi amaran jika perlu
  • Tekan Uji Amaran untuk pastikan ia berfungsi
Pelan Harga

Pelaburan Sekali Seumur Hidup

Bayar sekali. Guna selama-lamanya. Akses penuh semua ciri — termasuk ciri baru yang ditambah pada masa hadapan.

Pembayaran selamat melalui ToyyibPay | FPX / Online Banking / DuitNow | Akses segera selepas bayar

Testimonial

Apa Kata Ejen Kami

★★★★★

"Dulu saya guna Excel untuk jejak pelanggan. Sekarang dengan AgentMate, semua tersusun dalam satu app. Tak perlu risau dah pasal renewal polisi pelanggan!"

AR
Ahmad Razif
Ejen AIA, Kuala Lumpur
★★★★★

"Paling suka fitur peringatan birthday pelanggan! Pelanggan rasa dihargai, dan kepercayaan mereka pada saya meningkat. Komisen pun naik 30% dalam 3 bulan!"

NH
Nur Hidayah
Ejen Great Eastern, Penang
★★★★★

"Sangat mudah digunakan! Dalam masa 10 minit dah boleh masuk semua data pelanggan. Dashboard komisen buat saya lebih fokus pada target jualan."

KH
Khairul Hafiz
Unit Manager Prudential, JB
Soalan Lazim

Ada Soalan?

Kami sedia membantu. Hubungi kami melalui WhatsApp jika soalan anda tidak tersenarai di sini.

AgentMate ialah aplikasi mudah alih (APK) yang dipasang terus pada telefon Android anda. Muat turun fail APK, pasang pada peranti, dan terus guna — tiada akaun Google atau log masuk khas diperlukan. Selepas pasang, masukkan kunci lesen anda untuk aktifkan app.
Pada masa ini AgentMate hanya tersedia untuk Android sahaja dalam format APK. Versi iOS belum tersedia. Jika anda menggunakan iPhone, anda masih boleh akses versi web app melalui browser — hubungi admin untuk maklumat lanjut.
Sebahagian besar fungsi AgentMate boleh digunakan tanpa internet — tambah pelanggan, semak dashboard, jejak komisen, dan terima peringatan. Internet hanya diperlukan untuk: pengesahan kunci lesen (sekali sahaja semasa aktivasi) dan Daily Briefing via Telegram.
Semua data pelanggan disimpan terus dalam local storage peranti anda — bukan di pelayan luar atau cloud. Ini bermakna maklumat pelanggan anda tidak boleh diakses oleh sesiapa pun selain anda. Tiada data dihantar ke internet. Tambahan pula, anda boleh melindungi app dengan PIN 4 digit supaya hanya anda sahaja yang boleh buka app.
Oleh sebab data disimpan dalam local storage peranti, data tidak akan dipindah secara automatik jika tukar telefon. Anda perlu backup data dahulu sebelum tukar telefon. Pergi ke Tetapan → Backup & Restore → Export fail JSON ke storan peranti anda, kemudian restore semula pada telefon baru selepas pasang APK. Untuk kunci lesen, hubungi admin untuk pindahkan lesen ke peranti baru.
Pergi ke Tetapan → Backup & Restore untuk sandarkan semua data pelanggan ke fail JSON pada peranti anda. Fail ini boleh disimpan di mana-mana — Google Drive, WhatsApp kepada diri sendiri, atau storan tempatan. Untuk pulihkan, pilih fail JSON yang sama dan semua data akan dikembalikan serta-merta. App juga akan memberi amaran automatik jika backup anda lebih dari 14 hari supaya anda tidak terlupa.
Ya! AgentMate sesuai untuk semua jenis polisi insurans — Hayat, Perubatan, Kenderaan, Kebakaran, Perniagaan, Critical Illness, Takaful, dan lain-lain. Anda boleh pilih jenis polisi semasa tambah rekod pelanggan mengikut keperluan anda.
Sistem notifikasi AgentMate menyemak data pelanggan setiap jam secara automatik. Ia akan memberi amaran untuk: pembayaran tertunggak (overdue), polisi hampir tamat dalam 30 hari, jadual follow-up hari ini, dan birthday pelanggan. Notifikasi dipaparkan terus pada skrin dengan bunyi peringatan. Anda juga akan terima Daily Briefing setiap pagi jam 8AM via Telegram — ringkasan semua perkara penting hari itu.
AgentMate mempunyai template mesej WhatsApp siap guna — untuk follow-up, ucapan birthday, dan peringatan renewal. Tekan butang WhatsApp pada profil pelanggan dan mesej terus terbuka dalam WhatsApp dengan teks yang sudah diisi. Untuk export, anda boleh eksport senarai pelanggan dalam format PDF dengan satu ketukan — mudah disimpan atau dihantar kepada syarikat.
Tiada had bilangan pelanggan. Anda boleh simpan seberapa banyak rekod pelanggan yang diperlukan — had hanya bergantung kepada storan peranti anda sendiri. Kebanyakan telefon Android moden mampu menyimpan ribuan rekod pelanggan tanpa sebarang masalah prestasi.
Tiada caj tersembunyi. Buat masa ini AgentMate menawarkan promo terhad bayaran sekali RM139 untuk 20 slot pertama sahaja. Selepas slot habis, harga akan bertukar kepada RM29.90/bulan. Dapatkan slot promo anda sekarang untuk jimat lebih RM200 setahun.
Dengan RM139 sekali bayar (promo 20 slot pertama), anda mendapat akses penuh dan kekal kepada semua ciri AgentMate — CRM pelanggan, penjejak komisen, peringatan automatik, Daily Briefing Telegram, Export PDF, template WhatsApp, Backup & Restore, PIN App Lock, dan Tab My Biz. Tiada had pelanggan. Ini juga termasuk semua kemaskini dan ciri baru pada masa hadapan — percuma. Selepas promo, harga normal RM29.90/bulan.
Pembayaran dilakukan melalui ToyyibPay yang menyokong semua bank tempatan Malaysia (FPX), DuitNow QR, dan online banking. Setelah pembayaran berjaya, WhatsApp admin berserta bukti bayar untuk dapatkan kunci lesen anda. Kunci lesen akan dihantar dalam masa singkat.
Untuk pengguna promo RM139 (20 slot pertama) — lesen anda kekal aktif seumur hidup, tiada tarikh luput, tiada perlu renew. Pengguna selepas promo menggunakan model langganan RM29.90/bulan. Data pelanggan anda tersimpan selamat dalam peranti anda.
Setiap kunci lesen hanya boleh diaktifkan pada satu peranti sahaja. Jika anda ingin guna pada telefon lain, anda perlu hubungi admin untuk pindahkan lesen ke peranti baru. Untuk penggunaan lebih dari satu ejen atau pasukan, setiap ejen memerlukan lesen tersendiri.
Muat Turun APK

Muat Turun AgentMate
Dengan Selamat

Fail APK rasmi AgentMate — dihost secara selamat di GitHub. Pasang terus pada telefon Android anda.

✓ 100% Selamat ✓ Tiada Virus ✓ Tiada Spyware ✓ Data Dalam Peranti Anda
AgentMate.apk
Android APK · Versi Terbaru · Disahkan Selamat
Muat Turun Sekarang (APK)
Dihost di GitHub — platform paling dipercayai oleh pembangun seluruh dunia
Selepas muat turun, benarkan "Install Unknown Apps" dalam tetapan Android anda untuk pasang APK.
⚠ Kunci Lesen Diperlukan
1
Muat turun & pasang APK
2
Buat pembayaran sekali — RM139
3
Terima kunci lesen via WhatsApp
4
Masukkan kunci dalam app & mula guna

Sedia Urus Perniagaan
Seperti Pro?

Bayar sekali. Guna selama-lamanya. Mula guna AgentMate hari ini.
Semua data tersimpan dalam peranti anda — selamat, peribadi, tanpa internet.

Tuntut Slot Saya — RM139 (20 Slot Sahaja)

Pembayaran selamat via ToyyibPay | Akses segera selepas bayar | Sokongan via WhatsApp